Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog Rasmi SK Seri Lalang Kluang Johor

Sabtu, 7 April 2012

Lawatan Penanda Aras ke SBT Kuala Lumpur

Pada 1 dan 2 April lalu satu rombongan PPD Kluang telah ke SK Taman Tun Dr Ismail 1dan juga ke SK Damansara Kuala Lumpuryang merupakan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Kunjungan ke kedua-dua buah sekolah ini adalah untuk melihat bagaimana sekolah tersebut dapat mengekalkan kecemerlangan mereka dalam bidang akademik serta kokurikulum sehingga berjaya mengekalkan tahan kecemerlangan mereka. Guru besar SK Seri Lalang dan dua orang guru mereka yang juga guru sumber daerah Kluang juga telah dijemput untuk menyertai rombongan tersebut. Kunjungan ini banyak memberi manfaat kepada kami semua.

SKSL FC 2012

Pasukan bola sepak SKSL telah menyertai kejohanan bola sepak Zon Kluang Barat pada 3 dan 4 April yang lalu. Pasukan ini baru sahaja ditubuhkan sebagai pasukan projek 2013 dan 2014 yang mana kebanyakan pemainnya merupakan murid tahun 3, 4, dan 5 hanya beberapa orang sahaja yang berada di Tahun 6. Walaupun pada perlawanan pertama dan kedua SKSL FC mengalami kekalahan dengan kalah kepada SKLKTP Ayer Hitam 0-6, dan kepada SKSTKB 2 -3, Namun SKSL FC bangkit dalam perlawanan ketiga dengan membaham pauskan SJKT Jalan Mengkibul dengan 7 gol tanpa balas. Tahniah SKSL FC serta guru-guru yang melatih mereka. Ingat tahun depan misi utama kita....