Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog Rasmi SK Seri Lalang Kluang Johor

Rabu, 11 Julai 2012

Senamrobik Serentak 1Malaysia

 SK SERI LALANG KLUANG 10 JULAI 2012 - Senam Robik 1 Murid 1 Sukan anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi menempa nama di dalam Malaysia Book of Record dengan melibatkan lebih 9,000 sekolah di seluruh tanah air turut melibatkan sekolah ini pada pagi tadi. Seluruh warga sekolah telah turut mengambil bahagian bagi memeriahkan program tersebut. Program senamrobik berlaku serentak di seluruh Malaysia tepat jam 8.00 pagi. Sebelum memulakan program pelajar yang mempunyai masalah kesihatan telah dinasihatkan berehat dan tidak melibatkan diri. Ini adalah kerana program ini akan mengambil masa lebih kurang 30 minit tanpa henti.Walau bagaimanapun tahniah diucapkan kepada seluruh warga sekolah ini walaupun ada dua orang murid yang mengidap penyakit jantung sahaja yang tidak turut serta. Program ini dapat menyedarkan kita betapa pentingnya menjaga kesihatan kerana kesihatan yang terjaga pemangkin insan yang bermotivasi. Tahniah semua!!!!!