Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog Rasmi SK Seri Lalang Kluang Johor

Ahad, 19 Mei 2013

Hari Guru SKSL

Hari Guru SKSL 
 Majlis sambutan hari guru peringkat sekolah telah diadakan pada 16 Mei 2013 yang lalu. Majlis dimulai dengan bacaan doa selamat oleh Ustaz Mohd Amir diikuti dengan bacaan perutusan Hari Guru, Nyanyian lagu Guru Malaysia dan Ikrar Guru. Kehadiran guru-guru ke dewan sekolah diiringi dengan paluan kompang oleh murid-murid Kelab Kompang SKSL. Di pentas dewan SKSL , guru-guru dipersembahkan dengan deklamasi sajak oleh wakil murid. Majlis kemudiannya diteruskan dengan acara permainan oleh guru-guru dan staf SKSL. Walaupun hari hujan renyai-renyai tetapi sambutan hari guru kali ini begitu meriah..










Jumaat, 26 April 2013

Majlis Perpisahan

Majlis perpisahan bekas guru di Puan Hajah Salmah dan Pn Nazarina kerana berpindah ke sekolah lain atas sebab kasih sayang kepada suami. Alhamdulillah kedua-dua mereka telah mengajar di sekolah yang berhampiran dengan rumah suami mereka. Tidak perlu lagi berulang ke tempat kerja yang jauh dan banyak masa habis dalam perjalanan sahaja.

Khamis, 25 April 2013

pasukan bola tampar zon kluang Barat

Pasukan bola tampar zon Kluang Barat iaitu gabungan 2 buah sekolah antara SK Seri Lalang dan SK Kampung Melayu Nyior bagi pasukan lelaki. Manakala pasukan perempuan pula dari SK Seri Lalang, SK Kampung Melayu Nyior dan SK Seri Intan. Kedua-dua pasukan bola tampar ini telah menjadi naib johan dalam pertandingan peringkat daerah Kluang pada tahun 2013 ini. Tahniah..











Isnin, 15 April 2013