Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog Rasmi SK Seri Lalang Kluang Johor

Sabtu, 25 Februari 2012

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke- 35

Sabtu 25 Feb 2012

Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Lalang kali ke-35 telah diadakan bermula jam 8.00 pagi lagi. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh YB Liang Teck Meng Ahli Parlimen Simpang Renggam. Di dalam ucapan perasmian YB telah bermurah hati memberi buah tangan kepada PIBG SK Seri Lalang sebanyak RM5000 untuk menjalankan aktiviti yang dirancangkan. Memandangkan YDP dan AJK PIBG telah memutuskan ingin membina satu susur gajah dari satu bangunan baru  dengan bangunan lama bagi memberi keselesaan kepada murid-murid terutama semasa hari hujan bagi mengelakan mereka basah. Peruntukan yang diperlukan untuk membina susur gajah dan laluan pejalan kaki ini menelan belanja hampir RM16,000.00. Oleh itu,  YB telah berjanji akan berusaha untuk mendapatkan peruntukan itu tahun ini juga.
Mesyuarat Agung kali ini diadakan juga untuk memilih AJK baru PIBG bagi sesi 2012/14. Pemilihan kali ini berjalan dengan lancar, yang mana bekas NYDP PIBG telah dipilih untuk memimpin PIBG SKSL bagi sesi 2012/14 iaitu En. Zainuddin bin Abd Hamid.

Antara koleksi gambar yang sempat dirakam...

Paluan kompang menyambut ketibaan YB
Puteri dari kayangan mengiringi YB
Guru Besar bersama-sama YB Liang Teck Meng, YDP PIBG, NYDP, serta AJK PIBG.

Ucapan YDP PIBG En. Ismail bin Salihan
Ucapan Guru Besar SKSL Puan Mazlin Hj Idris
Ucapan perasmian oleh YB Liang Teck Meng
AJK PIBG sesi 2010/12 bergambar kenang-kenangan
AJK PIBG SKSL sesi 2012/14
Tarian Kipas oleh murid-murid Tahun 6
Antara pemenang cabutan bertuah..

Banyak lagi gambar di fb SKSL Klik di sini 


Isnin, 20 Februari 2012

Pengkalan data murid

Arahan Pengemaskinian Profil Murid Pada Aplikasi Pangkalan Data Murid Secara Atas Talian

PELANCARAN PROGRAM NILAM 2012

20 Feb 2012, SK Seri Lalang- Pelancaran program NILAM peringkat sekolah 2012 telah dilancarkan oleh Guru Besar Pn. Mazlin bt Hj. Idris tepat jam 7.30 pagi ini. ‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan. Matlamat Program NILAM ialah supaya terbina tabiat membaca dalam kalangan murid.
       Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama dalam membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan. Pihak sekolah telah melaksanakan pelbagai program galakan membaca di sekolah ini. Walau bagaimanapun kesan daripada program tersebut masih belum mencapai tahap yang dikehendaki. Dengan demikian pihak sekolah telah mencari pendekatan baru bagi melaksanakan program galakan membaca yang lebih berkesan dan dapat dijalankan secara berkesan melaui program NILAM ini.

Objektif pelancaran program :
1. Menggalakkan murid membaca.
2. Menggalakkan sekolah terus menjana Idea kreatif.
3. Melahirkan murid yang berketerampilan
4. Tambah cinta kepada buku bacaan.
5. Menjadikan membaca sebagai budaya membaca.

Ahad, 5 Februari 2012

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

“Persefahaman Asas Perpaduan Ummah“


Selawat ke atas nabi Muhammad S.A.W.
Sayangilah Baginda Rasulullah…
Cintailah Baginda Rasulullah…
Kerana
Rasulullah tersangat sayangkan umatnya…
Sayang Rasulullah kepada kita hinggalah tibanya hari kiamat…
Semoga…
Kita semua beroleh syafaat Rasulullah SAW..
Sollu ‘ala Nabi…
Siapakah yang lebih layak diagungkan & dirindu selain Kekasih Allah; Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. Moga satu masa nanti, kita akan bertemu dengan Baginda s.a.w & Rasulullah s.a.w akan senyum apabila melihat kita, ummatnya yang tidak pernah berhenti merindui & berusaha meneladaninya. InsyaAllah. Amin.

Rabu, 1 Februari 2012

Kejohanan Bola Tampar bawah 12 tahun MSSM Zon Kluang Barat

Kejohanan Bola tampar bawah 12 tahun MSSM Zon Kluang Barat  2012 telah diadakan pada 30 Januari 2012 di SJK(c) Chong Hwa 2 Kluang. Pertandingan ini telah disertai oleh beberapa buah sekolah dalam zon barat Kluang iaitu SK Seri Lalang sebagai penganjur kejohanan, SK Perempuan Bandar Kluang, SK Lelaki Bandar Kluang, SK Seri Taman Kluang Barat, SK Kampung Nyiur, SK Seri Intan, dan SJK (c) Chong Hwa. Dalam Pertandingan ini Pasukan SK Seri Lalang telah menjadi johon bagi kategori perempuan, dan naib johan dalam kategori lelaki, manakala johan bagi kategori lelaki disandang oleh pasukan yang baaru pertama kali menyertai pertandingan ini iaitu SK Kampung Nyiur. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Guru Besar SK Seri Lalang Pn Mazlin Hj Idris kepada para pemenang.

Antara gambar-gambar semasa pertandingan tersebut