Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog Rasmi SK Seri Lalang Kluang Johor

Sabtu, 19 Januari 2013

Majlis Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100.

Ibu / Bapa / Penjaga Murid 
YB Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

Majlis Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa SK Seri Lalang akan mengagihkan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100.kepada murid sesi   2013   Butiran agihan seperti berikut:

Tarikh : 23 Januari 2013 ( Rabu)
Tempat : Di Kelas Murid Masing-masing
Masa    : 12.40 tengah hari hingga 1.40 petang



3.Besarlah harapan pihak sekolah agar pihak YB Datuk/Dato’/Tn/Pn dapat hadir ke sekolah untuk menerima bantuan tersebut.
Sekian,terima kasih.

Selamat Kembali Ke Sekolah

Warga pendidik dan pentadbir SKSL ingin mengucapkan selamat datang pada Tahniah kepada murid-murid Tahun 1 yang telah memilih sekolah ini dan selamat kembali kepada murid-murid yang lain ke sesi persekolahan tahun 2013. Dengan azam baru semangat baru, kami mengharapkan semua murid dapat menjadikan sekolah ini sekolah terbaik buat mereka dan merealisasikan harapan falsafah negara serta visi dan misi sekolah kita. Di bawah disertakan galeri gambar sekitar hari pertama persekolahan.


(gambar lum lg)

KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN ORGANISASI

KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN ORGANISASI SK SERI LALANG 2013

Tarikh : 19 Januari 2013
Masa: 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat : Dewan SK Seri Lalang

Kursus ini bermatlamat untuk membentuk pemimpin yang mempunyai sifat kepimpinan serta model yang disegani dan dihormati...
Objektifnya:
1. Memberikan pendedahan cara-cara pengurusan organisasi.
2. menanamkan sikap yakin diri, asertif, tegas dan berani dalam membuat sesuatu keputusan.
3. membentuk satu budaya kepimpinan supaya sentiasa berketrampilan positif dari segi sahsiah dan peribadi.
4. Melahirkan sikap bekerjasama, persefahaman dan saling menghormati antara satu sama lain.


Biar gambar berbicara...