Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog Rasmi SK Seri Lalang Kluang Johor

Isnin, 4 Februari 2013

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN KECIL SEKOLAH (PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH, PENGAWAS SPBT, PERINTIS USAHAWAN, KETUA & PENOLONG KETUA KELAS) TAHUN 2013 

 

Pada 4 Februari 2013, pihak Pengurusan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Seri Lalang, Kluang, Johor  telah mengadakan Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Kecil Sekolah 2013. Majlis ini telah diadakan di Kantin sekolah kerana hari hujan ( pada mulanya di tapak perhimpunan) jam 7.20 pagi. Majlis ini diadakan bagi tujuan untuk meningkatkan kefahaman Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, dan Ketua serta Penolong Ketua Kelas tentang peraturan sekolah. Majlis ini turut  dihadiri oleh wakil Ketua Polis Kluang iaitu Inspektor Rosakina dan beberapa anggota polis dari balai polis Seri Lalang.
Majlis dimulakan dengan nyanyian laguBangsa Johor dan lagu sekolah. Bacaan doa telah dipimpin oleh Ustaz Mohd Amir Sarifuddin dan seterusnya ucapan daripada  Puan  Inspektor  telah menyampaikan ucapannya dan seterusnya merasmikan Watikah Pelantikan Pengawas 2013. Sejurus majlis perasmian, Pn Inspektor  telah menyampaikan Watikah Pelantikan ini kepada pengawas-pengawas yang terdiri daripada  orang pengawas sekolah,  orang pengawas perpustakaan dan orang  ketua dan penolong kelas. Bagi melengkapkan majlis watikah ini, bacaan ikrar pengawas telah dijalankan dan diketuai oleh ketua pengawas sekolah 2013 iaitu adik Syah Lokman . Majlis watikah ini selesai pada jam 8.50 pagi.