Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog Rasmi SK Seri Lalang Kluang Johor

Jumaat, 23 Mac 2012

Perkhemahan Denai Alam 2012

Pada 9 hingga 11 Mac 2012, SK Seri Lalang telah mengadakan  perkhemahan bersepadu dan motivasi tahun 6 di Kem Denai Alam Bukit Batu, Muar. Pelbagai aktiviti  telah dilalui oleh para peserta dengan penuh komitmen. Semua aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan berkesan sekali dengan bantuan daripada guru-guru SKSL dan para jurulatih Pusat Ko Denai Alam sendiri. Tahniah dan Terima kasih kepada semua yang terlibat.

untuk melihat gambar-gambar aktiviti tersebut boleh klik di sini

Khamis, 1 Mac 2012

Hari Terakhir Pn Hjh Rahilah (GPK 1)

Hari ini merupakan hari terakhir bagi Pn Hjh Rahilah sebagai penjawat awam, guru, GPK di SK Seri Lalang. Walaupun hari ini merupakan hari terakhir kepadanya, beliau tetap ceria dan bertugas dengan penuh dedikasi. SK Seri Lalang kehilangan seorang guru yang amat berdedikasi. Persaraan dari perkhidmatan sebagai seorang guru pada 2 Mac 2012. Beliau amat komitet dengan kerjayanya seorang guru mendidik anak-anak bangsa. Sebagai seorang guru yang berpengalaman, kami warga SKSL amat menghargai jasa-jasa Pn Hjh Rahilah sepanjang bertugas di SKSL.
Esok akan bermulalah pengalaman baru kepada beliau sebagai "orang pencen". Namun sebenarnya cikgu tak pernah pencen daripada mendidik anak bangsa. Setiap apa yang telah dicurahkan semoga dikurniakan kebaikan di dunia dan di akhirat.

SELAMAT BERSARA CIKGU

Selamat Bersara Pn Hajah Rahilah bt Md Zin...