Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog Rasmi SK Seri Lalang Kluang Johor

Khamis, 1 Mac 2012

Hari Terakhir Pn Hjh Rahilah (GPK 1)

Hari ini merupakan hari terakhir bagi Pn Hjh Rahilah sebagai penjawat awam, guru, GPK di SK Seri Lalang. Walaupun hari ini merupakan hari terakhir kepadanya, beliau tetap ceria dan bertugas dengan penuh dedikasi. SK Seri Lalang kehilangan seorang guru yang amat berdedikasi. Persaraan dari perkhidmatan sebagai seorang guru pada 2 Mac 2012. Beliau amat komitet dengan kerjayanya seorang guru mendidik anak-anak bangsa. Sebagai seorang guru yang berpengalaman, kami warga SKSL amat menghargai jasa-jasa Pn Hjh Rahilah sepanjang bertugas di SKSL.
Esok akan bermulalah pengalaman baru kepada beliau sebagai "orang pencen". Namun sebenarnya cikgu tak pernah pencen daripada mendidik anak bangsa. Setiap apa yang telah dicurahkan semoga dikurniakan kebaikan di dunia dan di akhirat.

SELAMAT BERSARA CIKGU

Selamat Bersara Pn Hajah Rahilah bt Md Zin...