Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog Rasmi SK Seri Lalang Kluang Johor

Isnin, 20 Februari 2012

PELANCARAN PROGRAM NILAM 2012

20 Feb 2012, SK Seri Lalang- Pelancaran program NILAM peringkat sekolah 2012 telah dilancarkan oleh Guru Besar Pn. Mazlin bt Hj. Idris tepat jam 7.30 pagi ini. ‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan. Matlamat Program NILAM ialah supaya terbina tabiat membaca dalam kalangan murid.
       Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama dalam membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan. Pihak sekolah telah melaksanakan pelbagai program galakan membaca di sekolah ini. Walau bagaimanapun kesan daripada program tersebut masih belum mencapai tahap yang dikehendaki. Dengan demikian pihak sekolah telah mencari pendekatan baru bagi melaksanakan program galakan membaca yang lebih berkesan dan dapat dijalankan secara berkesan melaui program NILAM ini.

Objektif pelancaran program :
1. Menggalakkan murid membaca.
2. Menggalakkan sekolah terus menjana Idea kreatif.
3. Melahirkan murid yang berketerampilan
4. Tambah cinta kepada buku bacaan.
5. Menjadikan membaca sebagai budaya membaca.