Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog Rasmi SK Seri Lalang Kluang Johor

Khamis, 11 April 2013

Pengarah Turun Padang

Hari ini 11 April 2013, dua orang pegawai dari PPD kluang telah datang ke SK Seri lalang untuk membuat pemantau. Semua fail-fail yang dikehendaki telah diletakkan di dalam bilik mesyuarat pada hari semalam. Fail-fail tersebut telah diberi nombor supaya memudahkan proses penyemakkan fail. Rakan-rakan guru bertungkus lumus melakukannya supaya mencapai sesuatu yang terbai.Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Amiiin













Majlis MTQ zon Kluang Barat

Pada 4 April 2013, SK Seri Lalang, telah menjadi tuan rumah bagi majlis MTQ zon Kluang barat. semua sekolah kebangsaan di dalam zon Kluang Barat menyertai MTQ ini. Hanya satu kemenangan sahaja yang dapat diperoleh oleh wakil murid dari SK Seri Lalang. Tahniah









Perlawanan bola sepa k MSSM Zon Kluang Barat

Pada 1, 2 dan 3 April 2013 telah berlangsung satu kejohanan bola sepak bawah 12 tahun zon Kluang Barat di Padang SKLKTP Air Hitam, Kluang. Dalam kejohanan ini sebanyak 9 pasukan telah menyertainya. Pasukan bola sepak SK Seri Lalang telah berjaya memasuki peringkat separuh akhir.