Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog Rasmi SK Seri Lalang Kluang Johor

Sabtu, 7 April 2012

SKSL FC 2012

Pasukan bola sepak SKSL telah menyertai kejohanan bola sepak Zon Kluang Barat pada 3 dan 4 April yang lalu. Pasukan ini baru sahaja ditubuhkan sebagai pasukan projek 2013 dan 2014 yang mana kebanyakan pemainnya merupakan murid tahun 3, 4, dan 5 hanya beberapa orang sahaja yang berada di Tahun 6. Walaupun pada perlawanan pertama dan kedua SKSL FC mengalami kekalahan dengan kalah kepada SKLKTP Ayer Hitam 0-6, dan kepada SKSTKB 2 -3, Namun SKSL FC bangkit dalam perlawanan ketiga dengan membaham pauskan SJKT Jalan Mengkibul dengan 7 gol tanpa balas. Tahniah SKSL FC serta guru-guru yang melatih mereka. Ingat tahun depan misi utama kita....