Pada 9 hingga 11 Mac 2012, SK Seri Lalang telah mengadakan perkhemahan bersepadu dan motivasi tahun 6 di Kem Denai Alam Bukit Batu, Muar. Pelbagai aktiviti telah dilalui oleh para peserta dengan penuh komitmen. Semua aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan berkesan sekali dengan bantuan daripada guru-guru SKSL dan para jurulatih Pusat Ko Denai Alam sendiri. Tahniah dan Terima kasih kepada semua yang terlibat.
untuk melihat gambar-gambar aktiviti tersebut boleh klik di sini
Jumaat, 23 Mac 2012
Khamis, 1 Mac 2012
Hari Terakhir Pn Hjh Rahilah (GPK 1)
Hari ini merupakan hari terakhir bagi Pn Hjh Rahilah sebagai penjawat awam, guru, GPK di SK Seri Lalang. Walaupun hari ini merupakan hari terakhir kepadanya, beliau tetap ceria dan bertugas dengan penuh dedikasi. SK Seri Lalang kehilangan seorang guru yang amat berdedikasi. Persaraan dari perkhidmatan sebagai seorang guru pada 2 Mac 2012. Beliau amat komitet dengan kerjayanya seorang guru mendidik anak-anak bangsa. Sebagai seorang guru yang berpengalaman, kami warga SKSL amat menghargai jasa-jasa Pn Hjh Rahilah sepanjang bertugas di SKSL.
Esok akan bermulalah pengalaman baru kepada beliau sebagai "orang pencen". Namun sebenarnya cikgu tak pernah pencen daripada mendidik anak bangsa. Setiap apa yang telah dicurahkan semoga dikurniakan kebaikan di dunia dan di akhirat.
SELAMAT BERSARA CIKGU
Selamat Bersara Pn Hajah Rahilah bt Md Zin...

Sabtu, 25 Februari 2012
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke- 35
Sabtu 25 Feb 2012
Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Lalang kali ke-35 telah diadakan bermula jam 8.00 pagi lagi. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh YB Liang Teck Meng Ahli Parlimen Simpang Renggam. Di dalam ucapan perasmian YB telah bermurah hati memberi buah tangan kepada PIBG SK Seri Lalang sebanyak RM5000 untuk menjalankan aktiviti yang dirancangkan. Memandangkan YDP dan AJK PIBG telah memutuskan ingin membina satu susur gajah dari satu bangunan baru dengan bangunan lama bagi memberi keselesaan kepada murid-murid terutama semasa hari hujan bagi mengelakan mereka basah. Peruntukan yang diperlukan untuk membina susur gajah dan laluan pejalan kaki ini menelan belanja hampir RM16,000.00. Oleh itu, YB telah berjanji akan berusaha untuk mendapatkan peruntukan itu tahun ini juga.
Mesyuarat Agung kali ini diadakan juga untuk memilih AJK baru PIBG bagi sesi 2012/14. Pemilihan kali ini berjalan dengan lancar, yang mana bekas NYDP PIBG telah dipilih untuk memimpin PIBG SKSL bagi sesi 2012/14 iaitu En. Zainuddin bin Abd Hamid.
Antara koleksi gambar yang sempat dirakam...

Paluan kompang menyambut ketibaan YB
Guru Besar bersama-sama YB Liang Teck Meng, YDP PIBG, NYDP, serta AJK PIBG.Ucapan YDP PIBG En. Ismail bin Salihan
Ucapan Guru Besar SKSL Puan Mazlin Hj Idris
Ucapan perasmian oleh YB Liang Teck Meng
AJK PIBG sesi 2010/12 bergambar kenang-kenangan
AJK PIBG SKSL sesi 2012/14
Tarian Kipas oleh murid-murid Tahun 6
Banyak lagi gambar di fb SKSL Klik di sini
Langgan:
Catatan (Atom)