SK SERI LALANG KLUANG 10 JULAI 2012 - Senam Robik 1 Murid 1 Sukan
anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi menempa nama di dalam
Malaysia Book of Record dengan melibatkan lebih 9,000 sekolah di seluruh tanah
air turut melibatkan sekolah ini pada pagi tadi. Seluruh warga sekolah telah turut mengambil bahagian bagi memeriahkan program tersebut.
Program senamrobik berlaku serentak di seluruh Malaysia tepat jam 8.00
pagi. Sebelum memulakan program pelajar yang mempunyai masalah kesihatan telah
dinasihatkan berehat dan tidak melibatkan diri. Ini adalah kerana program ini
akan mengambil masa lebih kurang 30 minit tanpa henti.Walau bagaimanapun
tahniah diucapkan kepada seluruh warga sekolah ini walaupun ada dua orang murid yang mengidap penyakit jantung sahaja yang tidak turut serta. Program ini dapat menyedarkan kita betapa pentingnya
menjaga kesihatan kerana kesihatan yang terjaga pemangkin insan yang
bermotivasi. Tahniah semua!!!!!
Rabu, 11 Julai 2012
Sabtu, 30 Jun 2012
Kejohanan Balapan & Padang
Kejohanan Balapan dan Padang SK Seri Lalang telah diadakan pada 20 Jun 2012. Kejohanan Balapan dan Padang ini telah diadakan secara dalaman sahaja pada tahun ini dan dirasmikan oleh Puan Mazlin Hj Idris selaku Guru Besar SK Seri lalang. Walaupun Dijalankan secara dalaman namun kemeriahannya amat membanggakan guru-guru... Kejohanan pada tahun ini telah dimenangi oleh pasukan Rumah Merah dan naib johan disandang oleh Rumah Kuning.
Ahad, 17 Jun 2012
Rabu, 16 Mei 2012
Sabtu, 7 April 2012
Lawatan Penanda Aras ke SBT Kuala Lumpur
Pada 1 dan 2 April lalu satu rombongan PPD Kluang telah ke SK Taman Tun Dr Ismail 1dan juga ke SK Damansara Kuala Lumpuryang merupakan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Kunjungan ke kedua-dua buah sekolah ini adalah untuk melihat bagaimana sekolah tersebut dapat mengekalkan kecemerlangan mereka dalam bidang akademik serta kokurikulum sehingga berjaya mengekalkan tahan kecemerlangan mereka. Guru besar SK Seri Lalang dan dua orang guru mereka yang juga guru sumber daerah Kluang juga telah dijemput untuk menyertai rombongan tersebut. Kunjungan ini banyak memberi manfaat kepada kami semua.
SKSL FC 2012
Pasukan bola sepak SKSL telah menyertai kejohanan bola sepak Zon Kluang Barat pada 3 dan 4 April yang lalu. Pasukan ini baru sahaja ditubuhkan sebagai pasukan projek 2013 dan 2014 yang mana kebanyakan pemainnya merupakan murid tahun 3, 4, dan 5 hanya beberapa orang sahaja yang berada di Tahun 6. Walaupun pada perlawanan pertama dan kedua SKSL FC mengalami kekalahan dengan kalah kepada SKLKTP Ayer Hitam 0-6, dan kepada SKSTKB 2 -3, Namun SKSL FC bangkit dalam perlawanan ketiga dengan membaham pauskan SJKT Jalan Mengkibul dengan 7 gol tanpa balas. Tahniah SKSL FC serta guru-guru yang melatih mereka. Ingat tahun depan misi utama kita....
Jumaat, 23 Mac 2012
Perkhemahan Denai Alam 2012
Pada 9 hingga 11 Mac 2012, SK Seri Lalang telah mengadakan perkhemahan bersepadu dan motivasi tahun 6 di Kem Denai Alam Bukit Batu, Muar. Pelbagai aktiviti telah dilalui oleh para peserta dengan penuh komitmen. Semua aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan berkesan sekali dengan bantuan daripada guru-guru SKSL dan para jurulatih Pusat Ko Denai Alam sendiri. Tahniah dan Terima kasih kepada semua yang terlibat.
untuk melihat gambar-gambar aktiviti tersebut boleh klik di sini
untuk melihat gambar-gambar aktiviti tersebut boleh klik di sini
Khamis, 1 Mac 2012
Hari Terakhir Pn Hjh Rahilah (GPK 1)
Hari ini merupakan hari terakhir bagi Pn Hjh Rahilah sebagai penjawat awam, guru, GPK di SK Seri Lalang. Walaupun hari ini merupakan hari terakhir kepadanya, beliau tetap ceria dan bertugas dengan penuh dedikasi. SK Seri Lalang kehilangan seorang guru yang amat berdedikasi. Persaraan dari perkhidmatan sebagai seorang guru pada 2 Mac 2012. Beliau amat komitet dengan kerjayanya seorang guru mendidik anak-anak bangsa. Sebagai seorang guru yang berpengalaman, kami warga SKSL amat menghargai jasa-jasa Pn Hjh Rahilah sepanjang bertugas di SKSL.
Esok akan bermulalah pengalaman baru kepada beliau sebagai "orang pencen". Namun sebenarnya cikgu tak pernah pencen daripada mendidik anak bangsa. Setiap apa yang telah dicurahkan semoga dikurniakan kebaikan di dunia dan di akhirat.
SELAMAT BERSARA CIKGU
Selamat Bersara Pn Hajah Rahilah bt Md Zin...

Sabtu, 25 Februari 2012
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke- 35
Sabtu 25 Feb 2012
Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Lalang kali ke-35 telah diadakan bermula jam 8.00 pagi lagi. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh YB Liang Teck Meng Ahli Parlimen Simpang Renggam. Di dalam ucapan perasmian YB telah bermurah hati memberi buah tangan kepada PIBG SK Seri Lalang sebanyak RM5000 untuk menjalankan aktiviti yang dirancangkan. Memandangkan YDP dan AJK PIBG telah memutuskan ingin membina satu susur gajah dari satu bangunan baru dengan bangunan lama bagi memberi keselesaan kepada murid-murid terutama semasa hari hujan bagi mengelakan mereka basah. Peruntukan yang diperlukan untuk membina susur gajah dan laluan pejalan kaki ini menelan belanja hampir RM16,000.00. Oleh itu, YB telah berjanji akan berusaha untuk mendapatkan peruntukan itu tahun ini juga.
Mesyuarat Agung kali ini diadakan juga untuk memilih AJK baru PIBG bagi sesi 2012/14. Pemilihan kali ini berjalan dengan lancar, yang mana bekas NYDP PIBG telah dipilih untuk memimpin PIBG SKSL bagi sesi 2012/14 iaitu En. Zainuddin bin Abd Hamid.
Antara koleksi gambar yang sempat dirakam...

Paluan kompang menyambut ketibaan YB
Guru Besar bersama-sama YB Liang Teck Meng, YDP PIBG, NYDP, serta AJK PIBG.Ucapan YDP PIBG En. Ismail bin Salihan
Ucapan Guru Besar SKSL Puan Mazlin Hj Idris
Ucapan perasmian oleh YB Liang Teck Meng
AJK PIBG sesi 2010/12 bergambar kenang-kenangan
AJK PIBG SKSL sesi 2012/14
Tarian Kipas oleh murid-murid Tahun 6
Banyak lagi gambar di fb SKSL Klik di sini
Isnin, 20 Februari 2012
PELANCARAN PROGRAM NILAM 2012
20 Feb 2012, SK Seri Lalang- Pelancaran program NILAM peringkat sekolah 2012 telah dilancarkan oleh Guru Besar Pn. Mazlin bt Hj. Idris tepat jam 7.30 pagi ini. ‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan. Matlamat Program NILAM ialah supaya terbina tabiat membaca dalam kalangan murid.
Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama dalam membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan. Pihak sekolah telah melaksanakan pelbagai program galakan membaca di sekolah ini. Walau bagaimanapun kesan daripada program tersebut masih belum mencapai tahap yang dikehendaki. Dengan demikian pihak sekolah telah mencari pendekatan baru bagi melaksanakan program galakan membaca yang lebih berkesan dan dapat dijalankan secara berkesan melaui program NILAM ini.
Objektif pelancaran program :
1. Menggalakkan murid membaca.
2. Menggalakkan sekolah terus menjana Idea kreatif.
3. Melahirkan murid yang berketerampilan
4. Tambah cinta kepada buku bacaan.
5. Menjadikan membaca sebagai budaya membaca.

Ahad, 5 Februari 2012
Selamat Menyambut Maulidur Rasul
“Persefahaman Asas Perpaduan Ummah“
Selawat ke atas nabi Muhammad S.A.W.
Sayangilah Baginda Rasulullah…
Cintailah Baginda Rasulullah…
Kerana
Rasulullah tersangat sayangkan umatnya…Sayang Rasulullah kepada kita hinggalah tibanya hari kiamat…
Semoga…
Kita semua beroleh syafaat Rasulullah SAW..
Sollu ‘ala Nabi…
Siapakah yang lebih layak diagungkan & dirindu selain Kekasih Allah; Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. Moga satu masa nanti, kita akan bertemu dengan Baginda s.a.w & Rasulullah s.a.w akan senyum apabila melihat kita, ummatnya yang tidak pernah berhenti merindui & berusaha meneladaninya. InsyaAllah. Amin.
Rabu, 1 Februari 2012
Kejohanan Bola Tampar bawah 12 tahun MSSM Zon Kluang Barat
Kejohanan Bola tampar bawah 12 tahun MSSM Zon Kluang Barat 2012 telah diadakan pada 30 Januari 2012 di SJK(c) Chong Hwa 2 Kluang. Pertandingan ini telah disertai oleh beberapa buah sekolah dalam zon barat Kluang iaitu SK Seri Lalang sebagai penganjur kejohanan, SK Perempuan Bandar Kluang, SK Lelaki Bandar Kluang, SK Seri Taman Kluang Barat, SK Kampung Nyiur, SK Seri Intan, dan SJK (c) Chong Hwa. Dalam Pertandingan ini Pasukan SK Seri Lalang telah menjadi johon bagi kategori perempuan, dan naib johan dalam kategori lelaki, manakala johan bagi kategori lelaki disandang oleh pasukan yang baaru pertama kali menyertai pertandingan ini iaitu SK Kampung Nyiur. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Guru Besar SK Seri Lalang Pn Mazlin Hj Idris kepada para pemenang.
Antara gambar-gambar semasa pertandingan tersebut
Antara gambar-gambar semasa pertandingan tersebut
Langgan:
Catatan (Atom)