Sesi persekolahan 2012 bermula 4 Januari 2012 di SK Seri Lalang Kluang. Pelbagai reksi pelajar terutama murid prasekolah mencetus pelbagai situasi di hari pertama persekolahan. Rata-rata murid-murid Tahun 1 hingga 6 dapat menyesuaikan diri dengan selesa pada hari pertama ini.
Sesi 2012 bermula dengan enrolmen murid seramai 432 orang, 41 orang guru dan 7 orang kakitangan sokongan. Hari pertama, sesi pembelajaran dan pengajaran dapat dijalankan dengan sempurna di semua kelas. Kelas-kelas telah dilengkapi dengan meja dan kerusi yang baru.