Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog Rasmi SK Seri Lalang Kluang Johor

Selasa, 17 Januari 2012

SEJARAH SEKOLAH


Setelah menyedari tentang kepentingan ilmu pengetahuan, penduduk Kampung Seri Lalang telah sepakat untuk bergotong-royong mendirikan sebuah sekolah yang berdindingkan papan dan beratapkan rumbia. Inilah sejarah awal kelahiran sekolah Melayu di Seri Lalang pada tahun 1948.*
                Sekolah ini dinamai SK Seri Lalang kerana persekitaran sekolah yang dikelilingi lalang pada ketika itu. En. Sidek b. Sehat merupakan guru besar yang pertama. Ketika itu, sekolah ini hanya mempunyai 40 orang murid dan 2 orang guru sahaja.
                .
                Pada tahun 1972, sebuah bangunan 2 tingkat telah dibina pada bulan Ogos. Pada Mac 1983, sebuah bangunan baru yang menelan belanja RM50,000.00 (sumbangan kerajaan) dan RM600.00 (sumbangan ibu bapa) telah dibina secara bergotong-royong.  Bangunan ini mengandungi 4 buah bilik darjah dan sebuah bilik Unit Agama.       Pada tahun 1996, sebuah bangunan yang mengandungi 2 bilik darjah telah dibina hasil sumbangan kerajaan secara bergotong-royong.
                Menjelang tahun 1998, sekolah ini telah dinaikkan ke Gred A (Kategori Luar Bandar) dan memulakan sistem persekolahan 2 sesi.
                Pada tahun 2001, sebuah blok bangunan 3 tingkat telah didirikan di atas tapak bangunan gotong-royong (1996). Blok ini menempatkan bilik-bilik khas dan 5 buah bilik darjah. Bangunan ini telah digunakan sepenuhnya pada tahun 2002.
Kini, blog Iman yang merupakan bangunan tertua SK Seri Lalang, Kluang telah dirobohkan dan sedang digantikan bangunan baharu empat  tingkat yang telah siap dibina bagi memenuhi keperluan guru-guru dan murid-murid.
                Bilangan pelajar SK Seri Lalang kini melebihi 450 orang. Pelajar-pelajar ini datang dari kawasan di sekitar Seri Lalang seperti Institut Haiwan, Kampung Rahmat, Kampung Melayu Seri Lalang, Kampung Seri Bongsu, Kampung Melayu Manong, Ladang Uni Jaya, Taman Ria dan Taman Seri Lalang.