Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog Rasmi SK Seri Lalang Kluang Johor

Rabu, 25 Januari 2012

LDP Pertama 2012

PENGURUSAN SPSK DAN PENGURUSAN FAIL

Pada 14 Januari 2012, Sabtu - Sekolah Seri Lalang telah mengadakan satu Kursus Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK). Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Ahmad bin Yusup Penolong PPD Kluang ( Unit Pengurusan Kualiti). Beliau telah memaklumkan bahawa semua sekolah daerah Kluang akan melaksanakan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti ( SPSK ) secara menyeluruh mulai tahun 2012. Oleh itu, SK Seri Lalang telah mengambil langkah yang sewajar dengan mendedahkan SPSK ini kepada semua guru dan stafnya. SK Seri Lalang merupakan antara sekolah yang tersenarai untuk melaksanakan SPSK ini pada tahun 2012. Seanarai sekolah perluasan SPSK 2012, layari http://ppdkluang.edu.my/v1/?attachment_id=8059